expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tinggalkan jejak anda di sini

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
seorang usahawan,isteri serta ibu kepada 4 cahayamata

Thursday 9 June 2011

doa-doa murah rezeki

DOA MURAH REZEKI



Saya pasti yang anda semua sudah tahu petua murah rezeki dari cara islam iaitu dengan menggunakan doa. Oleh itu ada juga segelintir daripada kita yang hanya mengejar kekayaan tanpa mengamalkan apa-apa doa. Jadi mulai saat ini mari kita berdoa dan mengamalkan doa ini untuk memohon rezeki dari allah swt.

Dibawah ada beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk menghindarkan kita daripada hutang dan seterusnya memohon rezeki dari allah swt.
“Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan”
“Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka









kelebihan ayat kursi




Khasiat Ayat Kursi


Ayat Kursi.jpg
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)






    kelebihan ayat al-fatihah




    1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

    2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

    a. Dimudahkan naik pangkat
    b. Diluaskan rezeki
    c. Dimudahkan membayar hutang
    d. Disembuhkan dari penyakit
    e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
    f. Disayangi oleh semua makhluk
    g. Percakapan didengar orang
    h. Selamat dari bala bencana

    3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

    a. Berkat dalam kehidupan
    b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

    4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

    5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

    6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

    7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

    8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

    9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

    10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.








    Kelebihan Surah Al-Ikhlas
    www.iLuvislam.com
    Oleh: Syahid_Fisabilillah
    mawaryangtinggi




    • Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!
    • Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata,Wajiblah. Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
    • Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai). 
    • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
    • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."
    •  








    Doa Nabi Adam setelah diturunkan dari surga

    surga

    Ya Allah, sesugguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahasiakan dan yang aku nyatakan, semoga Engkau terima keudzuranku, Engkau mengetahui hajadku, semoga Engkau kabulkan permohonanku, Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diriku, karena tu aku mohon ampunanMu.

    Ya Allah, aku meminta kepadamu keimanan yang tetap menyertai hatiku, dan keyakina yang benar benar, sehingga aku mengetahui tidak ada yang menipa diriku kecuali yang telah ditakdirkan untuk diriku. Dan semoga Engkau jadikan aku selalu meridhoi apa yang ditakdirkan padaku, hai Tuhan yang maha Besar dan maha Mulia.


    keterangan:
    Aisyah berkata:setelah nabi adam diturunkan tuhan dari surga,lalu ia meminta ampon pada allah dengan jalan bertawaf di keliling baitullah tujuh kali,kemudian sembahyang 2 rakaat,kemudian membaca doa tersebut diatas..
    Kemudian allah menurunkan wahyu kepadanya, hai adam..aku ampunkan dosa mu,dan siapa sahaja antara murid mu yg berdoa kepadaku dgn doa mu ini,niscaya aku ampunkan juga dosanya dan aku hilangkan kedukaan nya,aku hindarkan dari kefakiran dan kemiskinan..






    doa dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu kebajikan
    Ya Allah Tuhan kami, bukakanlah atas kami pintu kebajikan, pintu berkah, pintu nikmat, pintu kekuatan, pintu rejeki, pintu kesehatan, pintu keselamatan dan pintu surga.

    Ya Allah Tuhan kami, hindarkanlah kami dari bala dunia dan bala akhirat. Jauhkanlah kepada kami degan kebenaran Al Qur’an yang besar dan nabiMu yang mulia dari kejahatan dunia dan kejahatan akhirat.

    Semoga Allah mengampuni kami dan kaum muslimin dan muslimat dengan rahmat Tuhan yang maha pengasih.



     

0 comments:

;