expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tinggalkan jejak anda di sini

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
seorang usahawan,isteri serta ibu kepada 4 cahayamata

Monday 6 June 2011

Petua-petua

Petua-petua

kuku cantik bersinar 
Ingin mendapatkan kuku yg cantik dan putih?ambil seulas bawang bawang putih dan belah dua.
kemudian gosok pada kuku anda.anda akan berpuashati dgn hasilnya..selamat mencuba.....


kiriman:Patrica Dango anak Belambang
Tuai rumah lepang sayat 95800
Engkili Sri Aman Sarawak.


hilangkan batuk secara tradisional
Bagi membantu menghilangkan batuk ,ambil tulang sotok katak yg keras .kikis untuk mendapatkan debu nya.debu itu kemudiannya dicampur dgn sedikit air dan di lumurkan di tekak.Amalkan 3 kali sehari insaallah batuk akan beransur pulih
Ada lagi satu petua untuk menghilangkan batuk ,ambil satu sudu kicap manis dan satu sudu perahan limau kasturi .campurkan keduanya ,minum  satu kali sehari ,amalkan sampai batuk anda pulih
saya dah mencubanya....

Kiriman:Rohajatul Jannah Abdullah
6,Rumah PPRT Kampung Tok Saboh
22300 Kuala Besut Terengganu
.

Cara basuh baju sutera
Selain daripada menghantar ke dobi utk cucian kering,anda sendiri sebenarnya boleh mencucisendiri baju sutera.caranya adalah dgn mengunakan gel atau krim mandian.
gosok menggunakan tangan tempat yg ada kotoran seperti di kaki kain,lengan dan bahagian leher.tapi elakkan dari merendam atau memberus kain sutera.kemudian bolehlah di perah dan di jemur.


luka bersalin cepat sembuh
Bagi wanita lepas bersalin,bolehlah ikut petua ini,bg mempercepatkan luka bersalin sembuh.ambil beberapa biji manjakani dan rendamkan di dalam air.kemudian asah manjakani di lesung batu.air manjakani itu disapu pada luka bersalin.lakukan selepas mandi 2 kali sehari.
daun inai rawat kelemumur
Bagi anda yg mengalami masalah kelemumur,ambil semangkuk kecil daun inai,kisar bersama sebiji telur hingga halus.sapukan bahan tersebut pada kulit kepala dan bungkus dgn kain selama setengah jam.kemudian bilas rambut dgn air bersih.amalkan 2 kali seminggu...selamat mencuba...

kulit limau putihkan gigi 
Gigi yg putih tentu membuatkan senyuman lebih menawan.caranya adalah dengan mengunakan bahagian dalam limau.gosok gigi menggunakan kulit limau tadi.insaallah jika diamalkan gigi akan sentiasa putih...
;