expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tinggalkan jejak anda di sini

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
seorang usahawan,isteri serta ibu kepada 4 cahayamata

Thursday 2 June 2011

Salih Yaacob Lafaz 2 Kali Akad Nikah Dengan Isteri Ke 4

Salih Yaacob Lafaz 2 Kali Akad Nikah Dengan Isteri Ke-4


Teks: Wartwan Geng Murai

JOHOR, 31 MEI 2011: Dek kerana gemuruh dan gugup, penyampai radio Sinar FM , Salih Yaacob akhirnya telah melafazkan akad nikah sebanyak 2 kali sewaktu dia diijabkabulkan dengan isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali, 25, di Masjid Jamek Bandar Kulai Jaya, Johor, kira-kira 3.40 petang semalam.
Salih Yaacob, 50, telah di akad nikahkan oleh jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

"Terus-terang, debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi Alhamdulillah, semua telah berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebaagi suami Emi (Samihah Sheikh Ali),"katanya yang kini sudah pun melengkapkan kuota poligaminya.

Setelah selesai akad nikah, Salih Yaacob telah menyarungkan cincin emas di jari manis Emi di hadapan kira-kira 100 tetamu sambil disaksikan oleh ibu Salih, Zainun Mat Sidi, 71.

Dalam majlis tersebutm Emi yang juga kelahiran Mersing telah menerima RM23 sebagai mas kahwin dan wang hantaran RM25,000 daripada Salih.


Menariknya, Salih Yaacob memberitahu, dia dan isteri keempatnya itu bakal berbulan madu ke China bersama ketiga-tiga isterinya yang lain serta kesemua 11 orang anaknya.

"Saya akan berkongsi kegembiraan ini dengan berbulan madu bersama Emi di China tidak lama lagi. Namun, kami tidak akan pergi berdua kerana saya akan bawa ketiga-tiga isteri saya yang lain dan kesemua anak untuk menyertai rombongan kami," jelasnya yang masih belum menetapkan tarikhnya untuk ke China.

Sementara itu, Emi berkata dia bersyukur kerana keluarganya memahami kehendaknya untuk berkahwin dengan Salih Yaacob.

"Saya tidak sabar menempuh alam perkahwinan yang indah bersama abang (Salih), isteri dan anak-anaknya,"kata Emi.

Majlis akad nikah yang diadakan bagaimanapun hanya sederhana tanpa kehadiran rakan artis kerana Salih merancang untuk membuat majlis besar-besaran dengan dihadiri tiga isterinya yang lain di Kuala Lumpur dalam tempoh waktu yang terdekat.

Apa yang pasti, Salih dan Emi turut menganjurkan resepsi perkahwinan secara sederhana di sebelah pihak perempuan di Hotel 11thCentury di Taman Abad, di sini, malam semalam.

Selain dihadiri saudara mara dari kedua-dua belah pihak pengantin, majlis akad nikah tersebut juga turut dihadiri ibu bapa Emi, Sheikh Ali Mohamed, 63, dan ibunya Rohana Ahmad, 59.

Kedua-dua mempelai menggayakan baju pengantin berwarna kelabu dan Emi tajaan perkahwinan dariapda Astana Birdal dan World Event Managament.

Salih sebelum ini berkahwin dengan isteri pertamanya Norizah Mamat, 46 pada 1989 dan dikurniakan empat orang anak, manakala isteri kedua, Norraha Hamat, 43, pada 1993 dengan dikurniakan enam orang anak dan isteri ketiga, Norfara Wahida, 33 pada 2007 dengan dikurniakan seorang anak.

sumber dari murai.com
;