expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tinggalkan jejak anda di sini

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
seorang usahawan,isteri serta ibu kepada 4 cahayamata

Monday 6 June 2011

Amalan Penjagaan Rambut

Melembutkan rambut
Ambil segenggam kangkung.Masukkan ke dalam bekas bersama enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.Lendir disapukan pada rambut dan biar seketika.Bilas.Lakukan selama dua minggu.


Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya dan bersihkannya lalu diramas sehingga keluar lendir.Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung bersama satu sudu madu lebah.Gaul dan sapukan pada rambut.Perap guna tuala selama sepuluh minit dan cuci.Amalkan dua kali seminggu.


Mengelak rambut gugur
Ambil daun bunga raya dan lidah buaya.Basu dan kisarkan hingga hancur.Perap ramuan di atas kepala selama sejam.Lakukan dua kali seminggu.


Rambut beruban
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan.Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu.Uban yang jelas kelihatan bakal berkurangan.


Menghilangkan kelemumur
Perahkan air limau purut atau nipis di atas kulit kepala dan lumurkan sehingga rata.Bagi mendapatkan hasil yang berkesan,rambut yang dilumur dengan dengan perahan tadi dibalut dengan tuala hingga beberapa jam dan dibasuh dengan air suam.


Meluruskan rambut
Ambil santan perahan pertama daripada sebiji kelapa tua.Kemudian masukkan air perahan limau nipis ke dalamnya.Sapukan sekali sehari.Selepas satu jam,cuci rambut dengan air sejuk.Amalkan selama seminggu.


Rambut berbuah
Ramas daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar serta air.Sapukan pada rambut.Biarkan selama 30 minit,kemudian bilas.Lakukan dua kali seminggu sekali.


Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
;