expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tinggalkan jejak anda di sini

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
seorang usahawan,isteri serta ibu kepada 4 cahayamata

Monday 6 June 2011

Wajah sihat berseri

Wajah sihat berseri


Kulit muka segar kemerahan
Ambil sebiji tomato masak,lenyek hingga halus.Kemudian sapukan ke seluruh muka.Biarkan kering selama 20 minit dan bilas.Amalkan seminggu dua atau tiga kali seminggu.


Menghaluskan kulit wajah
Didihkan susu segar atau susu tepung bercampur air.Biarkan ia sejuk sebelum di sapukan pada muka.Biar kering dan basuh.


Menegangkan kulit muka
Gunakan tepung ubi kayu dan timun yg sudah dihancurkan lalu campurkan kedua-duanya dengan sedikit air.Kacau rata dan jangan terlalu cair.Selepas itu,sapukan ke muka hingga kering sebelum dicuci atau rebus segenggam biji kani(manjakani)di dlm periuk tanah sehingga mengelegak dan pekat.Apabila suam,sapukan pada wajah aqtau bahagian kulit bermasalah.Tunggu hingga kering sebelum di cuci.


Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah dan dicampurkan bersama sesudu tepung jagung serta sebiji kunig telur.Kacau bacuhan utk disapu ke kulit sehari sekali.


Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan di belah dua.Semasa mandi,gosokamn pada muka dan seluruh badan.Kesannya kulit akan cerah,licin dan harum.


Menaghilangkan jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa.Sapukan pada jerawat.Ia akan hilang beransur-ansur.


Hilangkan panau
Tumbuk sepotong halia atau belerang hingga lumat dan sapukan ke muka.Lakukan setiap hari sebelum tidur.


Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
;