expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tinggalkan jejak anda di sini

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
seorang usahawan,isteri serta ibu kepada 4 cahayamata

Thursday 2 June 2011

Nikah Di Thailand:Nurul AF 2 Mahu Selesai Cara Baik

Nikah Di Thailand: Nurul AF2 Mahu Selesai Cara Baik


Teks: Wartawan GengMurai

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2011: Biarpun bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul atau Nurullah Abdul Hamid, 29, sudah pun selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Mohd Munzil Muhammad, 29, pada 23 Mei lalu, namun keluarga kandungnya masih lagi mempertikaikan tentang pernikahannya itu.

Semuanya gara-gara kerana alasan yang diberikan oleh Nurul AF2 kepada pihak media sebelum ini bahawa pernikahannya itu terpaksa dilakukan di Thailand kerana ayah kandungnya engga menjadi walinya.

Padahal menurut keluarga kandungnya, mereka langsung tidak diberitahu apa-apa tentang perkahwinannya itu, jauh sekali menghubungi ayahnya untuk meminta menjadi walinya.

Begitupun, Nurul AF2 yang telah dibesarkan bersama keluarga angkatnya sejak kecil memberitahu tidak mahu memperbesarkan tentang perkara tersebut lagi dan bakal menyelesaikannya dengan cara yang baik.


"Jika boleh saya mahu masalah ini diselesaikan secara baik dan tak mahu bermusuhan dengan mana-mana pihak. Apapun yang penting, sekarang ini majlis perkahwinan saya sudah berjalan dengan lancar dan sempurna," katanya .

Nurul berkata dia pernah cuba bertemu ibu bapa kandungnya namun hasrat itu tidak tercapai disebabkan masalah yang wujud di antara keluarga angkat dengan keluarga kandungnya.

"Sebenarny, majlis pernikahan saya boleh dibuat di sini, namun disebaakan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin di Thailand," tambanya lagi.

Nurul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rasa tidak puas hati yang telah disuarakan oleh ibu bapa dan keluarga kandungnya.

Apa yang pasti pernikahan Nurul dan suami telah pun disahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah sewaktu mereka membuat pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada Khamis lalu.

Mereka juga telah pun mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran di Kompleks Tourism Sarawak, kelmarin.


Sumber:murai.com
;