expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tinggalkan jejak anda di sini

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
seorang usahawan,isteri serta ibu kepada 4 cahayamata

Friday, 3 June 2011

Tip Kesihatan

Tip-tip kesihatan

Senaman pagi hari lebih  menyihatkan


Rata-rata orang merasa malas bila diajak utk bersenam,lebih-lebih lagi di waktu pagi hari.
Rasanya,lebih selesa dan enak jika menarik selimut dan menyambung tidur.Jika tidak sekalipun,
tentunya lebih menarik sekali jika dapat bersantai menonton televisyen,membaca surat khabar
sambil minum kopi panas.
          Namun,tidak ramai yg mahu meneliti manfaat apabila kita berolahraga di pagi hari.Berbanding
melakukan olahraga di waktu petang,ada baiknya melakukan olahraga di waktu pagi.Ikuti tiga antara sebab mengapa olahraga di waktu pagi lebih baik berbanding olahraga di waktu petang:


Bantu tingkatkan mood


Adakan anda seorang yang sering bersikap merungut-rungut di pagi hari?Menurut kajian,
olahraga di waktu pagi mampu meningkatkan hormon endorphin iaitu hormon yg mencipta suasana yg menyenangkan.Berjoging pagi hari contohnya,dapat membantu menghindarkan anda dari emosi negetif serta membuat anda tersenyum sepanjang hari.


Bantu bakar kolori


Bukan hanya melakukan kerja-kerja rumah atau pejabat,tetapi tidak kira apa juga aktiviti yg anda 
lakukan di pagi hari dapat mendorong tubuh dan mengatur agar tubuh dapat membakar kelori
dengan lebih banyak lagi sepanjang hari,termasuk ketika anda sedang beristirehat.


Udara pagi menyihatkan


Para pengkaji percaya bahawa secara umum,kualiti udara di waktu pagi hari lebih baik berbanding
ketika waktu tengah hari dan petang.Menghirup udara segar dan nyaman di pagi hari membuatkan
tubuh anda terhalang dari dedhan racun dan pencemaran di dalam udara.


CEGAH SERANGAN JANTUNG DARI AWAL
Oleh Habsah Dini
ecah @nstp.com.my


SERANGAN jantung menjadi pembunuh nombor satu penduduk di negara ini.
     Kita semua maklum tabiat pemakanan tidak sihat sebahagian besar masyarakat yg gemar menikmati makanan segera dan minuman berkarbonat menjadi penyumbang
kepada penigkatan faktor jantung yg tidak sihat.
     Antara tanda-tanda mudah mengenal pasti sama ada anda bakal menjadi mangsanya ialahkerap berasa berdebar-debar.Malah,ada kalanya tiba-tiba jantung atau dada anda berdebar dengan laju walaupun ketika itu itu anda hanya membaca buku.
     Ini diikuti dengan ber peluh pada dahi ,kerap merasa sakit pada dada,sering mencugap dan kadang-kadang kala pada aktiviti tg ringanseperti menunaikan solat pun anda boleh mencugap.
     Selain itu,anda mungkin alah kepada cuaca yg panas dan tidak menyedari perkara
ini apabila anda  berasa alah dengan panas terik matahari di mana badan akan banyak  
berpeluh serta tidak selesa.
      Tapak tangan yg basah dalam keadaan tidak menentu juga,petanda jantung tidak sihat .Berdasarkan beberapa tanda awal ini,seseorang itu mestilah membuat langkah pencegahan dan pengawalan yg cekap dan terkawal.
       Pertama,hentikan mengambil makanan segera yg tidak menyihatkan,minuman berkarbonat,minuman segera,krimer bukan daripada susu,
      Kedua,elak daripada makan aiskrim yg mempunyai krimer yg tinggi,dgn membuat minuman dgn krimer selain susu,makan makanan yg mengandungi margerin,makanan terproses seperti burger,kentang,nuget,kentang berperisa.
     Mandi selepas makan menyebabkan perut danjantung menjadi lemah akan menyumbang serangan jantung bg jangka masa panjang.
       Kurangkan makan nasi lemak di beli kat luar kerana kebanyakan nasi lemak diluar dicampur dgn minyak masak kerana peniaga  bertujuan menjadikan nasi nampak licin dan cantik berderai.
        Ada juga yg mengamalkan petua makan kacang hijau yg di rebus setiap pagi
caranya ialah dgn mengambil kacang hijau segenggam rendam dlm air kira -kira 10 minit,slp itu rebus api sederhana bukan smpai kembang tanpa bubuh garam.selepas itu buang airnya dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan setiap hari.
         Satu lagi petua ialah dengan mengamalkan memakan biji jintan hitam atau habatussauda setiap hari.biji jintan hitam ini diakui rasulullah saw ubat kepada segala penyakit kecuali mati.
         selain itu amalkan memakan sayuran pahit seperti kailan ,peria,pegaga,daun ubi,pucuk betik,dan ulam ulaman.
         Bagi mereka yg mulai menghadapi  masalah dgn jantung atau sudah lama bermasalah dgn jantung ,bolehlah mengamalkan petua di atas.

;